Thursday 7 April 2011

Z-LEAGUE MEMBUKA TIRAI

Selepas perlawanan tertangguh selama 2 bulan, Z-LEAGUE akan membuka tirai perlawanan pada esok hari 8 April 2011 bersamaan hari jumaat di istad gamaah Zagazig bermula jam 7:30pg sehingga 10:00pg. Berbaki lagi 8 perlawanan pihak penganjur, PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG(PCZ) akan berusaha untuk menghabiskan baki perlawanan sebelum menghampiri minggu peperiksaan.

Sebanyak 15 perlawanan akan berlangsung membabitkan 14 pasukan untuk merebut gelaran juara justeru meraih piala pusingan paling berprestij PIALA LIGA FUTSAL ZAGAZIG. Pengarah program Mohamad Solehuddin bin Sulong(gambar) berkata "selaku pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan penuh dalam kancah liga kita ini". "Saya berharap semua pasukan dapat memberi komitmen yang tinggi untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.Saya mendoakan ukhuwah yang terjalin menjadi semakin erat sepanjang liga musim ini"katanya lagi.

               Perlawanan dimulakan dengan perlawanan tumpuan minggu ini membabitkan ZAQELONA FC dan pendahulu liga SM ROSSONERI yang mendahului dengan 4 mata. Ditanya kepada ketua pasukan SM ROSSONERI tentang perlawanan ini "kami berasa yakin untuk pulang selesa dengan meraih 6 mata penuh". berlainan pula dengan ketua pasukan ZAQELONA FC yang akan memberi saingan sengit dan tidak akan mencicirkan sebarang mata.

                Pencabar terdekat TIM MAMAK FC yang kini berada di tangga kedua akan memulakan saingan dengan menentang pasukan FIFA dan seterusnya bertemu RARE LEGEND pada perlawanan kedua. Penjaga gawang TIM MAMAK FC yang masih tidak dibolosi setakat ini,Mohd Farid Iskandar bin Mamad berkata, "insyaAllah pasukan kami akan mengekalkan kemenangan berturut-turut seterusnya merebut takhta pendahulu liga yang telah lama kami idamkan", katanya yang dihubungi oleh Bernama Zagazig semalam.

                  Juara bertahan musim lalu,PES FC yang akan turun dengan pemain utamanya menentang pasukan SERONOK-SERONOK FC dan pasukan al-azhar SHAKKAT TEN-YOO bagi memberikan saingan terhadap pendahulu liga. Salah seorang pemain ZAGAZIG yang bermain dalam pasukan PES FC berkata, "Ukhuwah dijadikan sandaran,menang dan kalah hanya sampingan". Tekanan kian dirasakan ketua pasukan PES FC,Mohd Syahmi Amir bin Md. Razali selepas pasukannya mempamerkan aksi tidak konsisten dalam merebut kejuaraan liga musim ini. 

                  Ditanya tentang mengekalkan kejuaraan musim lepas, "kami tidak akan mensia-siakan peluang dalam baki perlawanan dan tidak mencicirkan sebarang mata lagi. Kami telah mempamerkan permainan yang tersusun tetapi nasib kurang menyebelahi pasukan kami", katanya.







 @BERNAMA Zagazig



No comments:

Post a Comment

Resistance Bands, Free Blogger Templates