Friday 8 April 2011

Tuah jersi MALAYSIA





LUNCAI fc turun dengan memperagakan jersi kebangsaan negara kita MALAYSIA telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila menang berturut-turut dalam dua perlawanan membabitkan pasukan lawan Stella De Calcio dan pasukan al-azhar Sahah fc.

Sebanyak 4 gol dan 1 bolos telah diciptakan oleh pemain-pemain Luncai fc dalam kedua-dua perlawanan tersebut lantas menyahut cabaran untuk bersaing dalam merebut tempat 5 teratas. Penyerang luncai, Hadi Rosli(gambar) memuji semangat juang rakan sepasukan hingga berjaya meraih kemenangan itu.

Menurutnya, semangat Harimau Malaya yang diterapkan di dalam hati setiap pemain telah menghadiahkan kemenangan mutlak. "syukur ke hadrat ilahi kerana berjaya memperoleh mata penuh minggu ini. Jersi ini mungkin salah satu faktor untuk kami berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir justeru mengharumkan nama MALAYSIA di persada dunia", demikian katanya.

Berlainan pula dengan pasukan SM Rossoneri, apabila jersi baru yang ditaja restoran makanan segera yang terkemuka di mesir, MO'MEN pulang hampa apabila gagal menyekat kemaraan Zaqelona fc dan sekadar seri 1-1 dengan pasukan Stella De Calcio.








@RIADAH Zagazig

No comments:

Post a Comment

Resistance Bands, Free Blogger Templates