Pertemuan demi jaga maruah
Oleh Syed Riduan Ahmad

RAJAGOBAL (jersi biru) mengendali latihan Harimau Malaya di Wisma FAM.
Rajagobal tidak pandang ringan aksi Harimau Malaya bertemu Etoile FCPERTEMUAN skuad Harimau Malaya menentang kelab Etoile FC, Sabtu ini mungkin sekadar perlawanan persahabatan kecil di mata umum, tetapi bagi K Rajagobal, tiada lawan yang boleh dianggap remeh apabila seseorang pemain itu menyarung jersi kebangsaan.
“Saya bukan mengendalikan pasukan kelab atau negeri, jadi setiap perlawanan diharungi pemain muda ini membabitkan maruah negara,” kata ketua jurulatih pasukan kebangsaan itu.“Menerusi perlawanan begini baru saya dapat menilai sejauh mana kesungguhan seseorang pemain untuk mewakili negara. Jika hanya pada perlawanan penting saja baru mahu bersungguh-sungguh, mereka tidak layak bergelar pemain kebangsaan.”
Selepas tiga hari mengendalikan sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Rajagobal berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan dipamerkan semua 24 pelatih yang dipanggilnya sejak Isnin lalu.
“Inilah perkara yang saya mahu lihat dalam sesi latihan begini,” kata Rajagobal yang akan membawa semua 24 pemain ke Singapura, esok. “Saya juga berpeluang menguji beberapa pemain yang berpotensi merealisasikan impian layak ke Piala Asia 2015.”
Ketiadaan Safee Sali kali ini memberikan ruang buat Rajagobal menguji beberapa penyerang muda yang mampu mewakili negara untuk tempoh lima hingga lapan tahun lagi.
Antaranya penyerang Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan, Ahmad Fakri Saarani dari Negeri Sembilan, Shahrizal Saad (Johor FC) selain penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan.
Beritabola.com Liverpool - Luis Suarez terus mendapat pujian berkat penampilan apiknya bersama Liverpool. Terakhir, sanjungan datang dari pelatih tim utama The Reds, Steve Clarke.
Beritabola.com Santos - Satu lagi pemain muda berbakat asal Brasil siap untuk naik panggung sepakbola Eropa. Namanya Paulo Henrique Ganso dan ia mencoba menggoda minat dua klub besar, AC Milan dan Inter Milan.
Beritabola.com Liverpool - Liverpool berambisi untuk memperbaiki prestasinya pada musim depan. The Reds pun sudah mengambil ancang-ancang untuk masuk ke bursa transfer musim panas mendatang.
Beritabola.com Madrid - Predikat pemain terbaik dunia menjadi impian setiap pesepakbola, termasuk Mesut Oezil. Pesepakbola yang membela Real Madrid ini meyakini dia sedang berada di jalan menuju gelar tersebut.