Friday 17 December 2010

PERATURAN Z-LEAGUE 2010/2011


1)Peraturan ini tidak mengikut spesifikasi FIFA. Hanya digunakan untuk Z-LEAGUE.

2)''HANDBALL'' adalah dari tangan ke siku.

3)Tidak dibenarkan ''SCORE'' terus dari sepakan ke dalam(kick in)

4)Pemain dibenarkan ''SCORE'' dari sepak mula dan dari sepakan penjuru

5)Penjaga gol boleh menangkap bola ''BACKPASS''.

6)Sepakan penalti hanya dibenarkan mengambil satu langkah sahaja.

7)''KICK IN'' hanya boleh dilakukan melalui sepakan leret,dan bola hendaklah berada di atas garisan sebelum sepak.

8)Gol yang dikira adalah jelas masuk ke gawang gol,dan keputusan pengadil adalah muktamad bagi situasi ''50-50''.

9)Tidak dibenarkan membuat terjahan keras,''SLIDE TACKLE'',dan main kasar,amaran atau kad kuning akan diberi.

10)Kad merah akan diberi jika mendapat 2 kad kuning dalam satu perlawanan dan haruslah keluar dengan segera,pemain yang tidak menghormati pengadil juga akan dilayangkan kad merah.

11)Pemain yang mendapat kad merah tidak boleh diganti dengan pemain lain dalam perlawanan yang sama.

12)Jika pemain memegang 3 kad kuning dalam LIGA atau memegang kad merah,beliau akan digantung satu perlawanan.

13)Pemain tidak dibenarkan membuat sebarang provokasi terhadap lawan atau kad akan diberikan.

14)Masa permainan adalah 15 minit. 7 minit separuh masa pertama 1 minit rehat 7 minit separuh masa kedua(masa mungkin diubah mengikut kesesuaian jika terdapat masalah teknikal)

15)Setiap pasukan hendaklah bersedia 5 minit sebelum sepak mula,sebarang kelewatan tidak boleh melebihi 5 minit dan akan menyebabkan pasukan kalah 5-0 dengan automatik.

16)Ketua pasukan diminta peka dengan ahli pasukan dan jadual perlwanan masing masing setiap minggu bagi mengelak masalah kepada pasukan.

17)Permainan adalah 6 orang sebelah termasuk penjaga gol,pasukan yang tidak cukup pemain dibenarkan bermain dengan pemain yang ada.

18)Pasukan tidak dibenarkan membuat perpindahan pemain setelah liga bermula,pasukan yang kurang dari 10 orang masih boleh menambah pemain dengan syarat pemain yang diambil belum berdaftar dengan mana-mana pasukan.

19)Pertukaran pemain tiada had dalam satu perlawanan,tapi hendaklah tukar dalam kawasan yang ditetapkan.

20)Setiap pasukan digalakkan membuat jersey pasukan,atau sekurang kurangnya baju yang sama warna.

21)Tidak dibenarkan menggunakan pemain pasukan lain atau ''IMPORT''.

22)Setiap pemain hendaklah menutup aurat dan berkasut,pengadil berhak menghalang mana-mana pemain tidak mematuhi etika pemakaian dari bermain.

23)Bagi kemuncak liga,jika terjadi pasukan yang mempunyai sama mat.Kedudukan akan ditentukan melalui ''GOAL DIFFERENCE'' terlebih dahulu diikuti ''GOAL'', dan ''HEAD TO HEAD HISTORY". kalau tu pun x selesai lagi..penaltilah jawabnye.

24)Jawatankuasa Z-LEAGUE akan menilai mana-mana perbuatan yang boleh mencacatkan liga ini

"GOL DIJARING UKHWAH TERJALIN"

No comments:

Post a Comment

Resistance Bands, Free Blogger Templates